D'Bridge Homestay Villa menyediakan pilihan villa percutian mewah yang terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebuah bandar terancang yang terdapat pelbagai rekaan bangunan unik serta persekitaran hijau yang indah. Terletak di kawasan kejiranan elit dengan pemandangan tasik dan dikelilingi dengan monumen ikonik Putrajaya yang unik dan mendamaikan. Pastinya penginapan di D'Bridge Homestay Villa akan memberi suatu pengalaman staycation bersama keluarga yang menyeronokkan.
23-28 GUESTS
D'Bridge Villa Four
RM 1750 / Night (Weekend)
RM 1200/ Night (Weekday)
5 Double Rooms + 1 Single Room
6 Bathrooms
Pindaan tarikh tempahan HANYA boleh dilakukan 14 hari sebelum tarikh penginapan.
Caj sebanyak 50% daripada bayaran tempahan akan dikenakan bagi pembatalan tempahan yang telah dibuat.
Pembatalan tempahan dalam tempoh kurang 14 hari dari tarikh penginapan, bayaran tempahan akan terbatal dan tidak dikembalikan.
Bayaran tempahan RM400 diperlukan untuk menempah tarikh penginapan. Baki bayaran penginapan dan deposit sekuriti RM400 perlu dijelaskan 10 hari sebelum tarikh penginapan.
Deposit sekuriti sebanyak RM400.00 akan dikembalikan dalam masa 48 jam selepas daftar keluar. Jika berlaku sebarang kerosakan, kehilangan peralatan/kemudahan villa atau tidak mematuhi peraturan villa, caj akan ditolak daripada deposit sekuriti.